Doktrin Gisbh Terhadap Akidah Umat Islam: Satu Sorotan Literatur

  • Kamsani bin Md Saad * Mail Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia
  • Mohd Fadhil bin Aziz Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia
  • Nur Zatihanani binti Ruzaini Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia
Keywords: Akidah; Al-Arqam; GISBH; Global Ikhwan; JAKIM

Abstract

Kajian ini menganalisis doktrin yang dibawa oleh kumpulan Global Ikhwan Sdn. Bhd. dan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang menjadi subjek perbincangan utama dalam isu keselamatan akidah di peringkat nasional. Fokus utama kajian adalah untuk menilai sama ada gerakan ini mengekalkan kesinambungan ajaran Al-Arqam serta pengamalan buku Aurad Muhammadiah yang telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994. Kronologi rentetan isu ini bermula daripada pendedahan awal oleh sebuah NGO iaitu Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) Malaysia pada Ogos 2024, yang disusuli oleh kenyataan rasmi Mufti Perlis mengenai dakwaan isu keganasan, selanjutnya pelaksanaan Op Global yang dilakukan oleh pihak PDRM pada September 2024 bagi menyiasat kes eksploitasi kanak-kanak dan doktrin ajaran sesat. Melalui metodologi kajian kualitatif yang berasaskan reka bentuk penerokaan dan kaedah dokumentasi kepustakaan, kajian diteliti melalui pelbagai dokumentasi primer dan sekunder. Dapatan kajian berasaskan analisis kandungan menunjukkan bahawa terdapat bukti fizikal dan literatur yang membuktikan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara GISBH dengan doktrin asal Al-Arqam. Implikasi kajian ini amat signifikan memandangkan beberapa pihak Jabatan Agama Islam bagi beberapa buah negeri telah mengeluarkan fatwa rasmi pengharaman ke atas gerakan GISBH. Kajian ini merumuskan bahawa pemantauan berterusan dan keseragaman undang-undang melalui Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu bertindak bagi membendung penyelewengan akidah yang jelas menyimpang daripada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

 

References

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2015). Spiritual As An Integral Part Of Islamic Business : The Case Of Global Ikhwan. Pacific Affairs, Volume 88, Number 2, June 2015, pp. 173-192(20). Pacific Affairs, a division of the University of British Columbia.

Aizat Sharif. Harian Metro. (20 November 2024). Perlis Isytihar GISB Kumpulan Ajaran Sesat.. https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1135774/perlis-isytiharkan-gisbh-kumpulan-ajaran-sesat (Dicapai pada 3 November 2024).

AlHaq Center Malaysia. (11 September 2024). Al-Arqam Cuba Dihidupkan Semula oleh GISB. Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. https://alhaqcentremalaysia.com/?p=7110 (Dicapai pada 3 November 2024).

Farahwahida Mohd Yusof. (2007). Al-Arqam & Ajaran Aurad Muhammadiah Satu Penilaian. Skudai Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

GISB Holdings Sdn. Bhd.. https://www.facebook.com/gisbhcom/ (Dicapai pada 3 November 2024).

Kamal Azmi Abdul Rahman. (2009). Rufaqa : A Study Of It’s Teachings and Doctrinal Implications. Universiti Islam Sains Malaysia (USIM).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Mohd Roshdi Yusoff. (1994). 40 Persoalan Arqam & Aurad Muhammadiah. Penerbitan Raqib: Kuala Lumpur.

Mukhriz Mat Husin. Sinar Harian. (14 September 2024). Dapatan Kajian Akidah GISBH Dibentang Dalam MKI, MJIM–JAKIM. https://www.sinarharian.com.my/article/685631/berita/nasional/dapatan-kajian-akidah-gisbh-dibentang-dalam-mki-mjim---JAKIM (Dicapai pada 3 November 2024).

Nazari Hassan. (2007). Suatu Kajian Terhadap Akidah Bekas Ahli-ahli Darul Arqam di Negeri Perlis Selepas Pengharamannya. Akidah dan Pemikiran Islam. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Nurul Ayu Bakar & Ahmad Yunus Mohd Noor. (2015). Tahap Kefahaman dan Persepsi Masyarakat Terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor.

Nurul Ayu Bakar. (2016). Persepsi Masyarakat Tasek Gelugor Terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Portal Rasmi Jabatan Perdana Menteri. (5 Ogos 1994). Surat Pekeliling Am Bil. 4. Tahun 1994. Larangan Terhadap Penglibatan Pegawa-Pegawai Awam dan Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Aktiviti-Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Al-Arqam. chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://www.jpm.gov.my/images/surat-pekeliling-am/Bil__4_Tahun_1994.pdf (Dicapai pada 3 November 2024).

Portal Rasmi JAKIM. (29 November 2006). Fatwa Terhadap Usaha-Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam. Fatwa Majlis E-Smaf, E-Sumber Maklumat Fatwa. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/11507 (Dicapai pada 3 November 2024).

Portal Rasmi JAKIM. (22 September 2024). Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Isu GISBH.. https://www.islam.gov.my/ms/kenyataan-media/4462-kenyataan-media-ketua-pengarah-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-JAKIM-berkenaan-isu-gisbh (Dicapai pada 3 November 2024).

Rahman Arifai. (2021). Pengaruh Al-Arqam Terhadap Perkembangan Sosioekonomi Global Ikhwan Sdn Bhd, 1994-2015. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Zamri Abd Halim. (2006). Usaha-Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan Lain-lain Syarikat. Jurnal Penyelidikan Islam. Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Putrajaya.

Warta Kerajaan. (1994). Pengharaman Al-Arqam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Warta Kerajaan. (2006). Fatwa Pengharaman Syarikat Rufaqa Corporation dan Rangkaian Syarikat Gabungannya. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Dimensions Badge
Published
2026-06-30
How to Cite
Md Saad, K. bin, Mohd Fadhil bin Aziz, & Nur Zatihanani binti Ruzaini. (2026). Doktrin Gisbh Terhadap Akidah Umat Islam: Satu Sorotan Literatur. Proceeding Global Vocational Education Symposium, 3(1), 45-52. https://doi.org/10.47065/gves.v3i1.2832
Section
Articles